Malaysia Dateline

Syed Saddiq Armand Azha

Konspirasi RM50 juta DOJ: Exco Pemuda Umno cabar Syed Saddiq letak jawatan

“Syed Saddiq tidak layak jadi ketua parti pribumi apabila tidak mendapat sokongan  exco beliau bahawa penglibatannya secara langsung dalam konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri,” ujarnya dalam sidang media di ibupejabat Gerakan Merah hari ini.

Beliau mengulas mengenai dakwaan penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa Ketua Armada Bersatu  itu bersama dengan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, ‘merancang’ saman sivil DOJ ke atas 1MDB.

Sebaliknya Syed Saddiq dalam sidang akhbar menafikan dakwaan dibuat oleh Raja Petra itu dan semalam telah membuat laporan polis mengenai dakwaan itu.

Raja Petra mendakwa Syed Saddiq memberitahu ahli-ahli exco Armada bahawa Mahathir dan penyokongnya membelanjakan RM50 juta untuk merangka saman DOJ itu.

Sebelum itu Exco Armada Pusat Abd Wahazir Abdu Wahab dan Mohd Hafiz Azhari tampil secara terbuka untuk mendesak Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu yang mengaitkan diri mereka.

Justeru Armand Azha berkata, Syed Saddiq juga perlu menjawab persoalan berkaitan dengan kekayaan dan skandal membabitkan pemimpin Bersatu  sebagaimana dakwaan exco armada terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sepatutnya Syed Saddiq menjawab isu berkaitan dengan kekayaan dimiliki Dr Mahathir dan skandal Muhyiddin sebagaimana dakwaan exconya berbanding mempertahankan dirinya ke atas dakwaan yang dibuat oleh Raja Petra terhadapnya.

“Apa yang dilaksanakan Armada sekadar untuk menutup kelemahan yang ada. Ini kerana ramai rakan mereka keluar Armada kerana sudah hilang keyakinan terhadap pemimpinnya.

“Gerak kerja politik kurang bijak Syed Saddiq dan rakan exco adalah dikalangan kumpulan budak hingusan yang nak main politik tetapi gagal.

“Patut kena jawab tentang isu kekayaaan luar biasa Tun Mahathir dan isu skandal Muhyiddin bukan membangkitkan isu yang dibawa exco armada dengan isu DoJ,” ujarya.