Kontrak Kerajaan dengan PKK diharapkan dapat selesai segera

Kontrak Kerajaan dengan PKK diharapkan dapat selesai segera

Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) berharap agar isu kontrak Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) oleh Kerajaan dapat diselesaikan segera.

Presiden PPKKM, Datuk Mustapa Ali  (gambar di tengah) berkata, isu pembatalan tender kerajaan ini berlaku telah menyebabkan syarikat-syarikat yang terlibat terpaksa menanggung kos yang tinggi dari segi kewangan.

“Pembatalan kontrak tersebut dilakukan melalui sisten e-Perolehan, namun PPKKM sentiasa bersedia berbincang dengan pihak kerjaaan sekarang untuk penambahbaikan skop dan spesifikasi kawalan keselamatan agar kontrak ini dapat dipertimbangkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Menurutnya, PPKKM menerima aduan daripada ahli persatuan mereka yang menyatakan terdapat isu lewat bayaran kontrak daripada kerajaan terdahulu yang dikatakan berlanjutan sehingga lapan bulan.

“Saya difahamkan Kerajaan hendaklah membuat pembayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerima invois bercukai,”

Jelasnya sehingga Mei 2018 sebanyak RM49 juta masih belum dibayar.