Banyak selebriti kini lebih bijak untuk memastikan pekerjaan mereka sah dengan menandatangani kontrak dan bukan menerima tawaran kerja secara lisan sahaja.
Pastinya bila ada kontrak, maka senang untuk individu menyaman pihak yang culas dalam melaksanakan kerja.
Susulan dakwaan satu produk kecantikan dan kesihatan terhadap Ruhainies yang dikatakan tidak komited menjadi duta, pelakon itu tampil menjelaskan keadaan sebenar.
Menurut Kosmo, pelakon tersebut menegaskan dia tidak menandatangani sebarang kontrak dan menerima bayaran daripada pihak terbabit.
Ini menyebabkan Ruhainies melihat dakwaan tersebut mengelirukan dan bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya.
“Isu ini sebenarnya sangat ‘straightforward’ (jelas). Saya tidak menandatangi sebarang kontrak sebagai duta kepada produk tersebut.
“Bayaran pun masih ada masih tertunggak, kontrak pun belum tandatangan.
“Saya tidak mahu mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut. Siapa yang mahu bekerja tanpa bayaran kan? Takkan nak kerja percuma?” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Tambah Ruhainies, dia yang sering aktif dalam menjadi duta kepada banyak produk berharap agar pengasas lain ada niat telus semasa menjalankan perniagaan.
“Jangan ada niat jahat dalam berniaga,” ujarnya.
Media melaporkan Aurebelle Beauty memaklumkan bakal mengambil tindakan undang-undang kepada Ruhainies.
Alasan diberikan mereka adalah kerana pelakon itu tidak menjalankan kerja dan komitmen sebagai duta produk mereka iaitu Mixberries Royal Women.
Mereka turut mendakwa Ruhainies melanggar kontrak dengan menarik diri sebagai duta produk mereka.