Malaysia Dateline

Kontrak “tidak adil” akan dibangkitkan dalam lawatan ke China, kata PM

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kontrak-kontrak yang didapati “tidak adil” bagi projek-projek yang disokong Beijing akan menjadi isu utama bakal dibangkitkan dalam lawatan ke China bulan depan.

Mahathir, yang kembali memegang tampuk kuasa selepas pilihan raya umum Mei lalu yang menyaksikan perdana menteri Najib Razak tewas, kini mengkaji semula projek-projek utama yang ditandatangani kerajaan terdahulu yang dikatakan tidak menguntungkan Malaysia.

Kerajaan beliau menangguhkan lebih daripada AS20 bilion dalam projek dibiayai China awal minggu ini, menurut laporan Reuters.

Menurut Reuters lagi, Mahathir berkata, terdapat beberapa isu akan dibangkitkan, antaranya mengenai ketidakadilan terma kontrak dan juga pinjaman.

Begitu juga kata Mahathir, mengenai faedah kerana faedah didapati lebih tinggi apabila kerajaan membuat pinjaman.

Mahathir didapati begitu kritikal mengenai kebaikan projek-projek China di Malaysia dan sejak memegang kuasa beliau berikrar akan membuat rundingan semula berhubung terma-terma tertentu walaupun kerja-kerja pembinaan diteruskan.

Mahathir juga menurut laporan Reuters berkata, beliau ingin pergi ke China secepat mungkin tetapi Presiden China hanya boleh ditemui dalam bulan Ogos.