Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kontraktor bumiputera puji tindakan kerajaan kekal harga simen

Kontraktor bumiputera puji tindakan kerajaan kekal harga simen

Oleh MALAYSIA DATELINEJune 20, 2019 10:17 pm




Pengumuman kerajaan tentang tiada kenaikan harga simen membolehkan kontraktor bumiputera tidak risau untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan.

Mereka memuji tindakan tegas kerajaan itu selain dapat membendung kegiatan menaikkan harga simen secara tidak beretika pada masa akan datang.

Pengerusi Guild Of Bumiputra Contractors Wibawa Bhd., Datuk Ir. Md. Nasir Ibrahim berkata, hal tersebut memberi kelegaan kepada golongan kontraktor.

“Ini bukan kali pertama kenaikan harga simen berlaku sehingga perlu naik secara mendadak.

“Jika kenaikan ini dibiarkan, industri pembinaan akan menerima tempias yang sangat besar dan bakal memberikan implikasi kewangan yang teruk kepada kontraktor,” ujarnya.

Menurut Ir. Md. Nasir, pihak kerajaan dan pengguna turut terkesan kerana harga rumah dan bangunan awam seperti hospital, sekolah dan pejabat kerajaan akan mengalami kenaikan.

“Ini juga boleh menyukarkan usaha kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini, harga simen didakwa akan naik secara mendadak. Walau bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan akan memastikan perkara tersebut tidak akan berlaku.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Darurat demi kedudukan Muhyiddin tapi rakyat tambah derita

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Terkini

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

PKP seluruh negara, kecuali Sarawak, mulai 22 Januari

Lagi Menteri disahkan positif Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production