Kontroversi Bandar Malaysia: Sekadar cari duit, pancing undi PRU, kata Kadir Jasin

 Datuk A Kadir Jasin berpendapat  keputusan kerajaan membatalkan perjanjian dengan Waterfront Holdings (IWH) dan China Railway Enginering Cooperation (CREC) sangat mengejutkan dan mencurigakan mengenai ketelitian kerajaan merancang dan tujuan sebenar projek Bandar Malaysia itu ingin dibangunkan.

Kontroversi Bandar Malaysia: Sekadar cari duit, pancing undi PRU,  kata  Kadir Jasin

Datuk A Kadir Jasin berpendapat  keputusan kerajaan membatalkan perjanjian dengan Waterfront Holdings (IWH) dan China Railway Enginering Cooperation (CREC) sangat mengejutkan dan mencurigakan mengenai ketelitian kerajaan merancang dan tujuan sebenar projek Bandar Malaysia itu ingin dibangunkan.

Beliau selaku Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu juga, mempersoalkan tindakan Kementerian Kewangan sebagai pemegang saham penuh Bandar Malaysia apabila  kini membuka tawaran tender kepada pemaju utama yang baharu bagi mengantikan IWH dan CREC sedangkan sebelum itu ia tidak dilakukan sedemikian  ketika melantik IWH dan CREC.

“Soalnya pasal apa Kementerian Kewangan tergesa-gesa dan diam-diam bagi kontrak Bandar Malaysia kepada pakatan Cina Malaysia dengan syarikat kerajaan China?

“Pasal apa baru sekarang cakap mengenai tawaran terbuka untuk cari pemaju utama yang baru?

“Pasal apa baru sekarang Kementerian Kewangan janji akan kenakan syarat-syarat ketat macam rekod pencapaian, kepantasan siapkan projek dan kemampuan kewangan?

“Ini bagi gambaran pemilihan IWH dan CREC tak ikut syarat-syarat yang ketat. IWH bukanlah syarikat hartanah yang besar dan lama. Ia baru beberapa tahun diasaskan dan kegiatannya terhad kepada Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor.

“Kementerian Kewangan kata IWK dan CREC gagal patuhi syarat. Tapi IWK CREC dakwa ia telah patuhi semua syarat. Siapa bohong?

“Pasal apa CREC yang dimiliki oleh kerajaan China dan amat ‘disanjung’ oleh kerajaan kita tiba-tiba didakwa langgar syarat pembayaran?,” soalnya dalam tulisan di blognya hari ini.

Pada 3 Mei lalu TRX City Sdn Bhd dalam satu kenyataan memaklumkan Perjanjian Jualan Saham yang dimeterai pada 31 Disember 2015 dengan konsortium ICSB itu kini telah luput kerana IWH-CREC gagal membuat pembayaran.

Kata Kadir lagi, IWH dan CREC digambarkan oleh TRX sebagai tidak mengikut syarat. Sedangkan IWH bukanlah syarikat hartanah yang besar dan lama bertapak.

“Ia baru beberapa tahun diasaskan dan kegiatannya terhad kepada Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor.

“Kementerian Kewangan kata IWK CREC Sdn Bhd gagal patuhi syarat. Tapi IWK dan  CREC dakwa ia telah patuhi semua syarat. Siapa bohong?

“Pasal apa CREC yang dimiliki oleh kerajaan China dan amat disanjung oleh kerajaan kita tiba-tiba didakwa langgar syarat pembayaran?

“Apakah ini kerana kerajaan China telah ketatkan syarat bawa keluar modal untuk dilaburkan di luar negara atau ada sebab-sebab lain yang dirahsiakan?

“Baru-baru ini kerajaan China telah ketatkan kawalan ke atas pengaliran keluar modal dalam usahanya sekat kejatuhan nilai mata wang yuan.

“Kita semua tahu banyak urus niaga yang libatkan syarikat China sejak setahun dua ini ada kaitan dengan usaha bayar balik RM50 bilion hutang 1MDB bagi elak diisytiharkan muflis,” dakwanya.

Justeru Kadir berkata, terdapat banyak syarikat pembinaan dan hartanah tempatan, termasuk yang dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Khazanah Nasional Berhad dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), telah buktikan kemampuan mereka majukan projek hartanah bersepadu sebelum ini.

“Kita nak tengok siapa akan dilantik jadi pemaju utama (master developer) Bandar Malaysia bagi menganti IWH CREC Sdn Bhd.

“Saya tak terkejut kalau China dapat balik projek ini tapi dengan rakan kongsi baharu dari Malaysia atau dibagi projek lain yang sama besar sebagai ganti. Ini kerana China kawan istimewa Najib.

“Sekitar tahun 2010, syarikat yang disebut-sebut sebagai bakal dipilih memajukan Bandar Malaysia adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Malton Berhad.

“Malah ada laporan kata secara dasar Kabinet telah amanahkan pembangunan semula lapangan TUDM kepada 1MDB, LTAT dan Malton tapi tiba-tiba pada 2015 dibagi kepada IWK dan CREC.

“Kalau LTAT kita tidak ada masalah. Elok sangatlah tabung yang jaga kebajikan anggota dan pesara ATM diberikan peluang majukan tapak TUDM itu.

“Saya tak hairan kalau semua ini adalah mainan pilihan raya umum (PRU) untuk cari duit dan pancing undi macam Najib buat dengan FGV pada tahun 2012. 

“Bagi Najib, duit tunai adalah raja. Dia tak peduli kalau dalam merajakan duit, beban dan bala ditanggung oleh rakyat jelata bergenerasi lamanya,” ujarnya seperti dipetik.

Lapangan Terbang Kem Sg Besi yang akan bertukar wajah menjadi Bandar Malaysia ini menjadi kontroversi berterusan  oleh Kementerian Kewangan mencari pelabur baharu unuk meneruskan projek  tersebut.