Konvensyen AMANAH hari ke-2 dijangka hangat

Konvensyen AMANAH hari ke-2 dijangka hangat

Konvensyen AMANAH yang sedang berlangsung di Ipoh Perak pada hari ini dijangka akan lebih hangat dimana para perwakilan akan mula membahaskan pidato Presiden.

Pada hari kedua juga 1,000 lebih perwakilan akan menyaksikan perbentangan yang akan dikemukakan oleh perwakilan nasional dan negeri.

Beberapa tajuk perbahasan yang dijangka akan menghangatkan dewan pada hari ini ‘Menunjangi Muafakat Pakatan Harapan (PH)’, memulihkan ekonomi negara, dan mengukuhkan amalan urus tadbir baik serta menghapuskan rasuah.

Para perwakilan kini sedang memenuhi Aman Jaya Convention Centre untuk mengambil tempat bagi mengikuti perbahasan yang bermula kira-kira jam 9 pagi.

Para perwakilan kelihatan tidak sabar untuk menunggu sesi perbahasan pada hari ini, apabila Pengerusi Tetap beberapa kali menegur perwakilan kerana berucap meleret-meleret seolah-olah sesi perbahasan.

Sedangkan semalam adalah sesi pembentangan minit mesyuarat dan laporan tahunan sahaja.

Sesi perbahasa pada hari ini boleh diikuti secara langsung di Facebook Parti AMANAH Negara.

Perbahasan di peringkat negeri diberi masa 7 minit bahas, untuk sayap diberi masa 10 minit, Pengerusi Tetap mengingatkan para perwakilan agar menepati masa yang diberikan dan loceng akan dibunyikan bila separuh minit pertama.