Konvensyen PH Wilayah Persekutuan kemuka 6 usul kepada Menteri WP, DBKL

Konvensyen PH Wilayah Persekutuan kemuka 6 usul kepada Menteri WP, DBKL

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah dengan sengaja tidak mewartakan Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 sehingga ke hari ini.

Malahan Pelan Bandaraya Kuala Lumpur baharu yang akan berakhir pada 2050 di bawah wawasan Transformasi Nasional 50 (TN50).

Pertukaran dasar ini dilihat oleh Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan akan menjejaskan dasar asal kerajaan yang ingin menjadikan Kuala Lumpur sebagai Bandaraya Kelas Dunia pada tahun 2020.

Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan turut mendapati pentadbiran Kerajaan yang korup, kemelesetan ekonomi, pengangguran di kalangan orang muda yang semakin meningkat, kadar jenayah yang melambung naik dan pelbagai masalah yang dihadapi negara telah menyuburkan peluang bagi Pakatan Harapan untuk menggantikan tampuk pemerintahan negara Barisan Nasional (BN).

Hari ini telah berlansung Konvensyen Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan yang dihadiri pimpinan kanan Pakatan Harapan.

Konvensyen telah dihadiri Setiauaha Sekretariat Pakatan Haarapan Datuk Saifuddin Abdullah, Naib Presiden Bersatu, Datuk Rashid Asari, Ketua Pengarah Pilihan Raya Amanah Dr Hatta Ramli Naib Pengerusi DAP Teresa Kok.

Oleh itu, adalah penting bagi keempat-empat parti di dalam gabungan Pakatan Harapan (PKR, DAP, Amanah dan Bersatu) untuk berganding bahu mencapai objektif murni ini demi menyelamatkan Malaysia.

Justeru Konvensyen Pakatan Harapan Wilayah Persekutan 2017 telah memutuskan enam perkara berikut:

1. Konvensyen mendapati pembangunan tanpa kawalan dan tidak mengikut Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 telah menyumbang kepada kesesakan trafik dan kekecohan dari segi pembangunan dan menimbulkan bantahan daripada penduduk di Kuala Lumpur.

Konvensyen mendesak Kementerian Wilayah Persekutuan agar mewartakan Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 dengan serta-merta, dan DBKL digesa untuk hanya meluluskan pembangunan projek mengikut kegunaan tanah yang ditetapkan dalam Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020.

2. Konvensyen mendapati banjir kilat kerap berlaku di banyak tempat di Kuala Lumpur kerana keadaan perparitan yang cetek dan lama, ditambah lagi pembangunan yang pesat tanpa kawalan dari segi densiti.

Konvensyen mendesak DBKL untuk menaik-taraf sistem perparitan di tempat-tempat yang kerap berlakunya banjir kilat di sekitar Kuala Lumpur.

3. Konvensyen mendapati DBKL telah banyak meluluskan banyak projek pembangunan yang berdensiti tinggi kepada Yayasan Wilayah Persekutuan yang ditadbir oleh pemimpin Umno-BN dan juga penjawat tinggi DBKL. Keadaan ini merupakan konflik kepentingan di antara pihak yang memberi kelulusan projek dengan pemohon projek.

Konvensyen ingin memberi amaran kepada pemimpin Umno-BN supaya tidak menggunakan nama Yayasan Wilayah Persekutuan untuk membangunkan projek yang bertujuan untuk menjaga kepentingan kroni U,mo-BN.

Konvensyen mendesak pemimpin Umno-/BN dan penjawat tinggi DBKL untuk meletak jawatan di Yayasan Wilayah Persekutuan dan menjadikan Yayasan Wilayah Persekutuan sebagai organisasi yang neutral.

4. Konvensyen mendapati Kerajaan Pusat akan membina insinerator pembakaran sampah di Kepong. Tindakan ini telah mencetuskan bantahan daripada ramai penduduk di kawasan tersebut.

Konvensyen mendesak agar Kerajaan Pusat membatalkan projek insinerator yang akan mengancam keselamatan, kesihatan dan keselesaan penduduk di kawasan tersebut.

Konvensyen menyeru Kerajaan Pusat dan DBKL untuk meneruskan usaha 3R (reuse, reduce& recycle) yang boleh mengurangkan pembuangan sampah ke kadar sifar (zero waste), dan dengan langkah ini keperluan untuk membina insinerator tidak wujud lagi.

5. Konvensyen mendapati DBKL telah menswastakan kutipan parkir di tepi jalan kepada Vista Summerose Sdn Bhd, anak syarikat Yayasan Wilayah Persekutuan dan malah telah membenarkan syarikat tersebut untuk menaikan kadar parkir. Kenaikan kadar parkir dan juga tindakan mengunci tayar kereta kepada kenderaan yang melebihi masa parkir yang dilakukan oleh pengawal syarikat swasta tersebut telah banyak menyusahkan ramai pemandu dan pemilik kenderaan.

Konvensyen mendesak agar DBKL membatalkan konsesi penswastaan kepada Vista Summerose Sdn Bhd yang banyak menyusahkan rakyat.

6. Konvensyen mendapati terlalu ramai penjaja bukan warganegara diberi lesen untuk berniaga di pasar pagi dan pasar malam.

Konvensyen mendesak agar DBKL mengkaji dan menghentikan pengeluaran lesen perniagaan kepada warga asing, dan memberi keutamaan kepada warga negara.