Malaysia Dateline

Konvenyen AMANAH dengan tema ‘AMANAH Paksi Kebangkitan Ummah’ berlangsung hari ini

Parti Amanah Negara (AMANAH) mengadakan Konvensyen Nasional 2021 pada hari ini selepas menangguhkan konvensyen itu pada 19 Disember lalu selepas negara khasnya Selangor dilanda banjir.

Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu di jangka akan memberikan Pidato Presiden dan seterusnya merasmikan konvenyen ini.

Majlis konvenyen bertema “AMANAH Paksi kebangkitan Ummah” ini akan bermula jam 8 pagi di Wisma Amanah Negara, Kuala Lumpur.

Konvensyen Pemuda dan Wanita Amanah Nasional secara hibrid telah diadakan pada Sabtu, 18 Disember lepas.

Pada 19 Disember lalu, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mengarahkan semua jentera parti itu di semua peringkat untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara khususnya di Selangor.

“Sebagai Presiden AMANAH saya mengarahkan semua peringkat sayap parti terutama Pemuda, Wanita (Awan), Arief, Warda, kawasan dan negeri untuk turun segera membantu mangsa banjir di seluruh negara khususnya di Selangor.

“Konvensyen AMANAH yang sepatutnya diadakan hari ini telah kita tangguhkan bagi mendahulukan perkara berkaitan kepentingan rakyat,” kata Mohamad dalam kenyataannya pada 19 Disember itu.