Kor Ming kecewa Ahmad Zahid tolak tawaran Pengerusi PAC

Ngar Kor Ming

Nga Kor Ming

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming kecewa apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menolak jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Menurut Ahli Parlimen Teluk Intan itu, beliau tiada maklumat mengapa Ahmad Zahid tidak berani memikul tanggungjawab yang penting itu.

Beliau berkata, Pengerusi PAC merupakan jawatan yang cukup berprestij dan merupakan satu-satunya jawatankuasa pilihan di Parlimen yang berhak memanggil sesiapa sahaja memberikan untuk kenyataan dalam mesyuarat PAC.

“Pengerusi PAC boleh memanggil sesiapa sahaja termasuk Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara untuk memberikan kenyataan.

“Oleh itu saya kecewa, mengapa Ahmad Zahid tidak berani memikul amanah dan tanggungjawab ini untuk memainkan peranan semak dan imbang,” katanya dalam sidang media pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak  yanng berlansung di Ipoh, hari ini, lapor Utusanonline.

Sementara itu, Kor Ming berharap rakyat dapat memberi masa kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk menunaikan manifesto dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurutnya, rakyat boleh buat penilaian pada penghujung penggal lima tahun pemerintahan dan sekiranya Pakatan Harapan gagal melaksanakan janji, rakyat boleh buat penilaian.

“Ini baru dua bulan, banyak usaha mengstruktur semula agensi kerajaan, banyak isu yang memerlukan perhatian 
segera, maka beri kami masa,” katanya

COMMENTS

Wordpress (0)