Malaysia Dateline

Korban Covid-19 kini hampiri 8,000 kes, 970 pesakit di ICU

Jumlah korban akibat pandemik Covid-19 di Malaysia menghampiri 8,000 kes iaitu 7,994 kes susulan pertambahan 92 kes kematian hari ini.

Setakat jam 12 tengah hari tadi, 970 pesakit Covid-19 memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 501 kes lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.

Angka tersebut sebahagian daripada jumlah keseluruhan 160,903 kes aktif iaitu 15.89 peratus.

Untuk rekod, sejak 14 Julai lalu, kes aktif Covid-19 dengan kebolehjangkitan sudah melepasi 100,000 kes.

Dalam masa sama, terdapat 9,683 kes telah sembuh sekali gus menjadikan jumlah kumulatifnya sebanyak 844,541 kes iaitu 83.33 peratus.