Malaysia Dateline

Korban Covid-19 lepasi 10,000 kes, 1,078 dirawat di ICU

Jumlah kematian akibat Covid-19 hari ini mulai melepasi angka 10,000 dengan pertambahan 164 kes kematian baharu.

Sebanyak 10,019 kes kematian iaitu 0.83 peratus direkodkan dengan 217,061 kes aktif setakat jam 12 tengah hari tadi.

Jumlah pesakit di di Unit Rawatan Rapi (ICU) turut meningkat kepada 1,078 orang termasuk 549 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan sebagai talian hayat.

Dalam masa sama, terdapat 13,893 kes telah sembuh sekali gus menjadikan jumlah kumulatifnya bertambah sebanyak 976,626 kes iaitu 81.13 peratus.