Korban gempa bumi Sulawesi meningkat kepada 1,649, operasi mencari diteruskan

Korban gempa bumi Sulawesi meningkat kepada 1,649, operasi mencari diteruskan

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di Sulawesi, Indonesia selepas kejadian gempa bumi serta tsunami melanda daerah itu minggu lalu.

Menurut pihak berkuasa Indonesia semalam, angka kematian akibat malapetaka tersebut kini meningkat kepada 1,649 orang.

Lebih daripada 70,000 kediaman musnah atau rosak akibat gempa bumi berukuran 7.5 magnitud yang melanda Sulawesi pada 28 September lalu.

Menurut laporan media antarabangsa, semalam Menteri Pertahanan Indonesia, Wiranto berkata, Balaroa dan Petobo – dua kawasan kejiranan Palu boleh disifatkan sebagai kubur besar.

Usaha menyelamat dihentikan kerana mengikut pegawai-pegawai terbabit, harapan untuk menemui mereka yang masih hidup terlalu tipis selepas satu minggu, tetapi usaha mencari mereka yang terkorban masih diteruskan.

Wiranto berkata, peralatan berat tidak selamat digunakan di kawasan-kawasan yang bertanah lembut dan kerajaan sedang berbincang dengan pihak berkuasa agama tempatan dan juga ahli keluarga mangsa untuk menghentikan usaha berkenaan.

Kata beliau lagi, mangsa-mangsa dianggap mati syahid.

Pasukan penyelamat memberi amaran mengenai kemungkinan penularan wabak penyakit semalam disebabkan banyak mayat yang telah reput di bandar Palu.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote
CATEGORIES