Malaysia Dateline

Korban koronavirus di China terus meningkat dengan 170 kematian

Jumlah kes novel koronavirus di China kini mencecah 7,711 dan angka kematian terus meningkat kepada 170 orang, kata Suruhanjaya Kesihatan Negara China pada Khamis.

Menurut pihak berkuasa kes itu telah dilaporkan di semua kawasan di China, lapor agensi berita Sputnik.

Sehari sebelum itu, pihak berkuasa kesihatan berkata terdapat 5,974 kes disahkan koronavirus, dengan 132 kematian.

— BERNAMA