Korban pengeboman di Sri Lanka terus meningkat kepada 359 orang

Korban pengeboman di Sri Lanka terus meningkat kepada 359 orang

umlah kematian akibat beberapa siri letupan bom di Sri Lanka pada Ahad kini meningkat kepada 359 orang, demikian menurut polis pada Rabu.

Lebih 34 warga asing adalah antara yang terbunuh, kata Kementerian Luar Negeri.

Jurucakap Polis Ruwan Gunasekara berkata, 18 lagi suspek ditahan pada Rabu pagi.

Gunasekara berkata polis turut menemui sebuah motosikal dan empat unit walkie-talkie di sebuah rumah di Warakapola, kira-kira 56 km dari ibu kota Colombo.

Setakat ini, 58 suspek ditahan sejak Ahad.- BERNAMA