Korea Selatan, Britain setuju kongsi maklumat mengenai Brexit

Korea Selatan, Britain setuju kongsi maklumat mengenai Brexit

Korea Selatan dan Britain bersetuju berkongsi maklumat mengenai persediaan London untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU), kata kementerian luar Seoul.

Menurut agensi berita Yonhap memetik kenyataan kementerian, kedua-dua pihak mengadakan perbincangan peringkat kerja mengenai isu berkaitan Brexit.

Ia diadakan di tengah-tengah ketidakpastian yang meningkat terhadap Brexit apabila Parlimen Britain menolak perjanjian yang dicapai antara Perdana Menteri Theresa May dengan EU.

Tiadanya perjanjian Brexit, mungkin akan menjejaskan kerjasama ekonomi Korea Selatan bukan hanya dengan Britain tetapi juga dengan EU.

Dalam mesyuarat itu, turut membincangkan mengenai keselamatan rakyat Korea Selatan yang melawat EU. Lebih 100 syarikat Korea Selatan mempunyai perniagaan di Britain.

Di samping itu, kedua-dua pihak mewujudkan talian hotline di peringkat pegawai tertinggi untuk berkongsi maklumat terkini Brexit.

— BERNAMA