Korea Selatan: Hamba seks Perang Dunia II meninggal dunia

Korea Selatan: Hamba seks Perang Dunia II meninggal dunia

Seorang lagi wanita Korea Selatan yang menjadi mangsa perhambaan seks ketika Perang Dunia II meninggal dunia pada usia 97 tahun.

Kim Sun-ok meninggal dunia pada Rabu pagi di pusat perlindungan awam yang menempatkan mangsa perhambaan seks.

Menurut agensi berita Xinhua, jumlah mangsa masih hidup kini berjumlah 26 orang daripada 240 yang berdaftar secara rasmi dengan Kerajaan Korea Selatan.

Ahli sejarah berkata seramai 400,000 wanita dari negara Asia, termasuk Semenanjung Korea, dipaksa menjadi hamba seks kepada tentera Jepun.

— BERNAMA