Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Koronavirus: Agong titah semua masjid adakan solat hajat

Koronavirus: Agong titah semua masjid adakan solat hajat

MALAYSIADATELINEJanuary 28, 2020 5:10 pm




Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan semua masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat serta doa selamat bagi memohon kepada ALLAH untuk terus memelihara negara dan rakyat daripada wabak koronavirus.

Baginda bertitah, ia berikutan peningkatan penularan wabak koronavirus di China dan negara lain yang dikesan dibawa masuk oleh warga China.

“Saya berdoa dan berharap semua masjid mengadakan solat hajat supaya dapat menjauhi segala penyakit khususnya koranavirus yang membahayakan masyarakat kita.

“Mudah-mudahan penyakit ini dapat dijauhi daripada kita semua,” titah baginda ketika ditemui media selepas merasmikan Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kali ke-179 seperti dipetik laporan Sinar Harian hari ini.
Al-Sultan Abdullah turut mengulangi nasihat kepada rakyat agar sentiasa mendapatkan perkembangan dan maklumat terkini mengenai wabak tersebut daripada saluran-saluran rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi-agensi kerajaan serta media arus perdana.

Rakyat juga diseru untuk sentiasa mengikuti nasihat dan saranan langkah pencegahan dan amalan kesihatan seperti yang digariskan KKM

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Lapan kluster masih aktif di Sarawak

Selangor peruntuk RM6 juta untuk ujian saringan bersasar Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production