Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Koronavirus: Berita palsu hanya tambah resah keluarga

Koronavirus: Berita palsu hanya tambah resah keluarga

ARIF ATANJanuary 30, 2020 3:33 pm




Penyebaran berita palsu berhubung wabak novel coronavirus (2019-nCoV) hanya akan menambah resah keluarga terlibat, tegas Pegawai Khas I kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Muhamad Azrin Omar.

Beliau berkata, wabak yang mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas itu adalah penyakit baru.

“Sebab itu namanya novel. Baru. WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) pun tak ada maklumat lengkap lagi.

“Coronavirus serang salur pernafasan, manusia batuk, selsema, dan dalam kes yang teruk susah nafas dan sebagainya. Tak logik untuk rebah begitu tiba-tiba begitu sahaja disebabkan virus,” ujarnya.

Dr Muhamad Azrin Omar

Mengulas dakwaan kes virus yang berasal dari Wuhan, China itu kononnya sudah muncul di Kuantan serta video seorang wanita rebah di kedai, Dr Azrin mengingatkan keputusan makmal yang dikongsi di media sosial itu adalah merujuk kepada OC 43 coronavirus.

“(Boleh) Google cari ‘coronavirus OC 43’. Baca sekejap. Tak perlu baca jurnal perubatan. Baca Wikipedia cukup.

“OC 43 adalah virus lama. Genotip A dah jumpa tahun 80-an lagi. Yang genotip D tahun 2004. Dan biasa. 10 hingga 15 peratus cold cases. Worldwide distribution,” katanya dipetik dari Facebook beliau .

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak pasti benar apatah lagi info yang salah.

“Hormatilah pesakit dan keluarganya. Biarlah doktor yang merawat yang buat diagnosis.

“Yang di rumah atau sekadar pegang telefon ini tidak payahlah nak sibuk,” jelasnya yang pernah bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Pembedahan Hospital Selayang.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Darurat demi kedudukan Muhyiddin tapi rakyat tambah derita

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Terkini

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

PKP seluruh negara, kecuali Sarawak, mulai 22 Januari

Lagi Menteri disahkan positif Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production