Koronavirus: Borang pendaratan khas masuk Sarawak

Koronavirus: Borang pendaratan khas masuk Sarawak

Kerajaan Negeri Sarawak mengambil tindakan khusus dalam usaha penularan wabak koronavirus ke negeri ini dengan memperkenalkan borang pendaratan khas.

Menerusi kenyataan media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN)Sarawak di Kuching hari ini berkata, borang tersebut merupakan salah satu konteks autonomi imigrasi Sarawak yang mewajibkan setiap individu termasuk warga Sarawak yang memasuki pintu utama di negeri ini.

Katanya, pengwujudan instrumen baharu iaitu borang pendaratan khas dalam konteks autonomi imigrasi Sarawak yang mewajibkan setiap individu termasuk warga Sarawak yang memasuki negeri ini melalui pintu utama.

“Mereka yang masuk ke Sarawak perlu melakukan‘self declaration ke atas perjalanan mereka dalam tempoh 14 hari yang lepas,” katanya.

Kenyataan itu turut menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri bersetuju untuk membekukan pengambilan pekerja dari China dengan serta merta.

“Sarawak juga akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menangani wabak ini seperti dalam siasatan kes yang pernah dilaporkan di Bintulu hari ini namun kes tersebut belum disahkan lagi.

“Sehubungan itu, satu sesi taklimat berkenaan dengan tindakan-tindakan menghadapi wabak akan diadakan kepada pihak-pihak berkepentingan pada 28 Januari ini(esok),” ujar kenyataan itu.

Jelasnya, Kerajaan Negeri sangat memandang serius berkaitan penularan wabak Wuhan Koronavirus kerana wabak berkenaan disifatkan sangat bahaya dan mudah untuk merebak.

“Sehingga kini belum ada vaksin yang khusus untuk merawat wabak dan orang awam dinasihati untuk mendapatkan rawatan segera di hospital sekiranya mengalami simtom-simtom seperti batuk atau demam,” tambah kenyataan itu.