Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Koronavirus: Kedutaan Malaysia terus berhubung dengan rakyat Malaysia di Wuhan

Koronavirus: Kedutaan Malaysia terus berhubung dengan rakyat Malaysia di Wuhan

BernamaJanuary 27, 2020 7:00 am




Kedutaan Malaysia di Beijing dan Konsulat Jeneral di Xi’an, China, sentiasa berhubung dengan 49 rakyat Malaysia di Wuhan bagi mendapatkan perkembangan mereka susulan wabak 2019 novel koronavirus di Wuhan, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, setakat ini tiada keperluan untuk membawa kesemua mereka pulang ke negara ini.

“….buat masa ini kita bergantung kepada tahap kritikal keadaan, jadi buat masa ini belum ada cadangan (membawa pulang) rakyat Malaysia,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat penyelarasan kluster 2019 novel koronavirus (2019 nCoV) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di sini hari ini.

Beliau turut meminta rakyat Malaysia yang berada di China, khususnya di Wuhan agar menghubungi pejabat kedutaan atau konsulat berhampiran bagi membolehkan kerajaan memantau keadaan mereka di negara itu.

“Kita juga nak nasihatkan rakyat Malaysia yang balik dari China sekiranya rasa tidak sihat dan sebagainya supaya mendapatkan rawatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata buat masa ini, koronavirus tersebut dikategorikan sebagai jangkitan kluster di Malaysia kerana hanya membabitkan sekelompok kecil pelancong dari China.

“Buat masa ini, kes tersebut hanya membabitkan rakyat China dan tiada jangkitan dalam kalangan penduduk Malaysia.

“Status di Malaysia dikategorikan sebagai kluster, masih belum menjadi wabak kerana wabak bermaksud penyakit itu berada di mana-mana seperti di Wuhan,” katanya.

Mengenai prosedur pengesanan virus terhadap pelancong China, beliau berkata jika individu itu mempunyai simptom dan didapati positif virus tersebut mereka akan terus dirawat di hospital.

“Namun jika mereka positif tetapi tiada simptom kita akan letakkan mereka di bawah pemantauan selama dua minggu untuk tindakan seterusnya.

“Ini yang akan kita bincangkan dengan pihak kedutaan China untuk mendapatkan tempat bagi menempatkan mereka untuk tindakan pemantauan sepanjang tempoh tersebut,” katanya.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production