Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Koronavirus: Kejohanan Olahraga dalam Dewan Asia, di China dibatalkan

Koronavirus: Kejohanan Olahraga dalam Dewan Asia, di China dibatalkan

BernamaJanuary 27, 2020 7:31 am




Persatuan Olahraga Asia (AAA) hari ini membatalkan Kejohanan Olahraga Asia kesembilan di Hanzhou, China yang dijadualkan pada 12 dan 13 Feb disebabkan penularan wabak 2019 novel koronavirus di negara itu.

Ahli Majlis AAA, Karim Ibrahim berkata badan olahraga Asia itu telah membuat keputusan menerusi mesyuarat secara dalam talian pada petang ini, berikutan merebaknya virus itu di beberapa negara yang berasal dari Wuhan di tanah besar China.

“AAA membuat keputusan bagi menjaga keselamatan dan kesihatan atlet dan pegawai yang terlibat dalam kejohanan itu.

“Bagaimanapun mesyuarat Jawatankuasa Stastistik AAA di Malaysia yang saya pengerusikan, akan diteruskan seperti dijadulkan pada 30 dan 31 Jan di Kuala Lumpur,” katanya kepada Bernama.

Agensi Berita Xinhua melaporkan 1,975 kes pneumonia yang disebabkan koronavirus telah disahkan, dengan 56 kematian sehingga Sabtu.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah megesahkan empat warganegara China, yang memasuki Malaysia melalui Johor daripada Singapura, telah disahkan positif virus tersebut.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Paksaan, sengketa dan agenda Islam yang terpesong

PKP: Kasihan rakyat Kelantan sebab Exco ‘cerdik sangat’

“IKEA, kedai emas dibenar operasi peniaga kecil disuruh duduk rumah”

Pesakit COVID-19 di ICU semakin bertambah, 8 lagi maut

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production