Malaysia Dateline

Koronavirus: Ribuan hilang pekerjaan di Myanmar, China gantung import ketam

Ribuan pekerja di pusat jualan ketam di Labutta kini kehilangan pekerjaan apabila China menggantung pengimportan ketam dari Myanmar berikutan penularan wabak koronavirus.

Penggantungan eksport ketam ke China memberikan kesan besar kepada pekerja dan juga industri ketam di bandar berkenaan, menurut laporan Naypyidaw (Eleven Media Group).

Ketem merupakan eksport utama Labutta dan ia bakal memberi kesan kepada semua industri yang terbabit.

Harga ketam jatuh kepada kira-kira Ks5,000 (RM14) sekilo daripada Ks15,000 (RM43) sekilo selepas China berhenti mengimport ketam dari Myanmar.

Pengerusi Kesatuan Peniaga Ketam Labutta, U Win Naing dipetik sebagai berkata, disebabkan penutupan pintu sempadan, kami tidak lagi boleh mengeksport ketam ke China.

Labutta mengekspot lebih 10 tan ketam ke China setiap hari dan hampir keseluruhan penduduk di situ hanya bergantung kepada kerja menangkap ketam.