Malaysia Dateline

Koronavirus: Saintis kenalpasti kemungkinan cara penularan baru dalam najis manusia

Saintis China telah menemui 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) dalam najis beberapa pesakit yang dijangkiti yang mungkin menunjukkan cara baru penyebaran wabak maut itu.

Sebelum ini, pihak berkuasa kesihatan menganggap cara utama wabak itu tersebar adalah melalui pernafasan dan sentuhan, termasuk menyentuh muka selepas terdedah kepada permukaan yang mengandungi virus.

Namun, penemuan baru penyelidik dari Hospital Rakyat Ketiga Shenzhen itu mendapati jejak genetik koronavirus wujud dalam sampel najis pesakit, lapor South China

Kehadiran RNA coronavirus 2019 atau asid ribonukleik – molekul yang membawa kod genetik dalam sesetengah virus – menunjukkan penyakit itu mungkin hidup dalam najis, kata Suruhanjaya Kesihatan Shenzhen dalam satu kenyataan.

Wabak koronavirus di China telah menyebabkan 305 kematian manakala 14,562 orang dijangkiti koronavirus di negara itu setakat jam 8 malam tadi

Setakat ini, sebanyak 24 negara disahkan mempunyai kes jangkitan koronavirus.

Kelmarin, Singapura dan Amerika Syarikat (AS) telah mengumumkan langkah-langkah mengekang kemasukan pelancong yang pernah berkunjung ke China.

Australia turut melarang kemasukan pelancong luar yang memiliki rekod pernah berkunjung ke China.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebelum ini telah mengumumkan koronavirus sebagai darurat kesihatan awam global.