Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Koronavirus: Sekolah di Sarawak boleh gunakan aplikasi sebagai pembelajaran

Koronavirus: Sekolah di Sarawak boleh gunakan aplikasi sebagai pembelajaran

Oleh MAHDAR BUJANGJanuary 31, 2020 5:30 pm




Pihak sekolah disaran khususnya di Sarawak untuk menjalankan pembelajaran melalui aplikasi pemesejan seperti WhatApps atau Telegram untuk pelajar yang menjalani tempoh pemerhatian dan pengawasan di rumah sekiranya mereka dikenal pasti pernah melancong ke China sejak dua minggu lepas.

Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak Dr Azhar Ahmad berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa warga pendidikan untuk memantapkan tahap kesiapsiagaan di peringkat daerah masing-masing untuk menghadapi potensi penularan wabak jangkitan koronavirus yang melanda di Wuhan dan beberapa negara lain termasuk Malaysia.

Sehubungan itu, beliau berharap agar warga pendidikan mengamalkan langkah pencegahan khususnya yang telah mengadakan lawatan ke luar negara baru-baru ini.

“Pihak sekolah mesti mengenal pasti pelajar yang telah melancong ke China sejak dua minggu lepas dan sekiranya ada, maka dinasihatkan agar pelajar tersebut menjalani pemerhatian dan pengawasan di rumah bagi tempoh selama 14 hari.

“Untuk tempoh pengasingan tersebut pelajar terbabit masih boleh menjalankan pembelajaran melalui aplikasi WhatApps atau Telegram kelas/sekolah,” katanya dalam kenyataan di Kuching hari ini.

Dr Azhar menegaskan, pihak sekolah juga disarankan membuat saringan suhu badan pelajar di setiap pintu masuk sekolah.

“Kepada pelajar atau warga sekolah yang menunjukkan simptom-simptom seperti deman, batuk, selesema atau sesak nafas agar mendapatkan rawatan segera di hospital atau klinik berdekatan,” ujar beliau.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Selepas 12 hari dirawat, Tok Pa pulih Covid-19

‘China bina hospital dengan segera, Malaysia bina dewan ketika darurat’

China bina kem kuarantin tampung 4,000 pesakit Covid-19

MAFI dicadang segerakan Program Bakul Kasih Sayang bantu rakyat miskin

Kes Covid-19 terus tinggi, lagi 3,170 kes baharu, 41,755 kes aktif hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production