Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Koronavirus: Semak dan pastikan maklumat benar sebelum kongsi

Koronavirus: Semak dan pastikan maklumat benar sebelum kongsi

BernamaJanuary 27, 2020 7:04 am




Semak dahulu maklumat berkaitan 2019 novel koronavirus yang diterima dan pastikan ia benar sebelum dikongsikan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Menurutnya, semua pihak harus berhati-hati apabila berkongsi sebarang maklumat di media sosial mengenai isu tersebut.

“…tolong semak dahulu maklumat yang kita dapat sebelum kongsi kerana kita lihat dua tiga hari yang lalu banyak paparan telah dikongsikan di mana kemudiannya didapati tidak benar dan palsu. Ia telah menimbulkan banyak masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat penyelarasan kluster 2019 novel koronavirus yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di sini hari ini.

Beliau berkata Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah dilantik menjadi jurucakap mengenai isu virus tersebut.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengeluarkan maklumat dari semasa ke semasa mengenai isu itu.

Menurutnya, KKM juga akan mengeluarkan maklumat melalui dua saluran iaitu laman Facebook dan Twitter rasmi milik kementerian itu selain sidang media yang akan diadakan untuk berkongsi maklumat terkini.

“Sekurang-kurangnya sekali sehari kita adakan satu sidang media…jadi sekali lagi saya harap bahawa kita semua dapat lihat perkara ini dengan serius, kita hendak pastikan kita boleh buat yang terbaik,” katanya.

Setakat ini, empat individu disahkan positif koronavirus di negara ini.–BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Polis tidak kompromi, penganjur edar ayam beku didenda

Darurat: Penting untuk pembangkang sertai JK Khas sebagai semak dan imbang

Golongan muda bakal hilang kerja, rasional darurat Muhyiddin perlu ditolak

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production