Bukannya susah untuk ikut proses perkahwinan di Malaysia namun ada pasangan memilih jalan cepat menikah di Thailand.
Mungkin dalam keadaan yang memaksa maka sangguplah berhabis ribuan ringgit hanya untuk akad nikah sahaja.
Bimbang caj berlebihan yang dkenakan ejen kepada pasangan Malaysia, Majlis Agama Islam Narathiwat mendedahkan kos sebenar lapor Harian Metro.
Rupanya bayaran sebenar kepada pihak mereka adalah sekitar RM800 sahaja dan selebihnya dikaut oleh ejen terlibat.
Perkara tersebut didedahkan oleh Timbalan Presiden Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Aziz Che Mamat.
Jelasnya, jumlah itu dianggap berlebihan sehingga mampu meraih keuntungan enam kali ganda daripada bayaran asal.
“Malah proses untuk akad nikah juga hanya sebentar sahaja di mana pasangan hanya perlu menunggu sekitar sejam hingga sejam 30 minit sebelum ia selesai.
“Justeru, kita mengingatkan orang ramai yang mahu berkahwin di Selatan Thailand supaya berhati-hati dengan caj yang dikenakan,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Dalam pada itu, Abdul Aziz menasihatkan orang ramai untuk menyelidik dahulu kos dan tidak membayar sewenangnya.
“Ada di kalangan mereka sanggup membayar hanya semata-mata mahu berkahwin tanpa menyelidik terlebih dahulu kos sebenar yang perlu dibayar.
“Di sini kita mahu memudahkan mereka yang mahu berkahwin, bukan mahu membebankan sehingga terpaksa membayar sehingga 30,000 baht hingga 40,000 baht (RM3,953-RM5,270),”
Baca juga: Ketua Balai mengaku tak bersalah, didakwa curi RM300,000 dan beg berjenama Prada