Kota Bharu paling lama tak hujan, Kuala Krai catat suhu maksimum 37.3 darjah Celsius

Kota Bharu paling lama tak hujan, Kuala Krai catat suhu maksimum 37.3 darjah Celsius

Kota Baharu, Kelantan terus merekodkan peningkatan bilangan hari tanpa hujan berturut-turut sehingga semalam iaitu 36 hari, diikuti oleh Mersing, Johor sebanyak 23 hari

Manakala Kuala Krai, Kelantan pula merekodkan bacaan suhu tertinggi dalam negara 37.3 darjah Celsius setakat 4 petang semalam, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Madius Tangau dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau berkata kawasan-kawasan tengah Semenanjung Malaysia yang lain juga turut mencatatkan bacaan suhu maksimum iaitu melebihi 35 darjah Celsius.

Beliau menasihati orang ramai agar banyak minum air dan mengurangkan aktiviti luar sewaktu keadaan cuaca panas.

Malaysia kini mengalami cuaca panas dan kering disebabkan fenomena El Nino dan Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan keadaan itu hanya akan berakhir pada Mei atau Jun.

TAGS