Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
KPDNHEP pantau pembelian panik warga Singapura di Johor

KPDNHEP pantau pembelian panik warga Singapura di Johor

BernamaFebruary 11, 2020 12:26 pm




Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melaksanakan pemantauan di Johor sejak Sabtu lepas bagi memastikan tiada pembelian panik barangan isi rumah oleh warga Singapura di negeri itu.

KPDNHEP dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pemeriksaan di sekitar Johor Bahru, Iskandar Puteri, Pasir Gudang dan Kulai dilaksanakan untuk memastikan barang kawalan, makanan dan barangan asas yang lain mencukupi untuk kegunaan rakyat Malaysia.

Sebanyak 604 premis telah diperiksa oleh KPDNHEP Johor melibatkan 60 pegawai penguat kuasa sepanjang dua hari operasi dijalankan.

“Data yang diterima oleh kementerian daripada pemborong berkaitan stok barangan kawalan seperti gula, minyak masak dan tepung adalah mencukupi bagi pengguna di negeri Johor,” jelasnya.

Menurut KPDNHEP, pemantauan turut dilaksanakan bagi memastikan tiada aktiviti menyorok barangan kawalan dalam kalangan peruncit dan harga dijual mengikut harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

Pemantauan itu, jelasnya, dijalankan susulan penularan klip video memaparkan pembelian panik di Singapura selepas kerajaan negara itu menaikkan amaran Kedudukan Sistem Tindak Balas Perebakan Penyakit (DORSCON) dari tahap kuning kepada jingga bagi membendung penularan novel koronavirus 2019 (2019-nCov).

Sementara itu, KPDNHEP Johor menerima 65 aduan berkaitan penjualan penutup hidung dan mulut susulan penularan 2019-nCov.

Menurut kenyataan itu, daripada 187 pemeriksaan yang dijalankan, dua premis menjual barang kawalan tersebut pada harga lebih tinggi dari yang ditetapkan telah dikompaun, masing-masing RM500 dan RM10,000.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Awas Covid-19: Lagi 3,339 dijangkiti, 240 kes ICU, 10 kluster baharu

Boleh pula menteri rentas negeri, berkumpul makan tidak amal jarak

Ugut tembak, pecah pasu bunga masjid, bapa Bob Lokman didenda RM4,000

Setpol Menteri Sumber Manusia positif Covid-19

Kabur soal calon PM rencatkan Grand Coalition

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production