Malaysia Dateline

KPI 100 hari: Perjanjian Malaysia 1963 antara keutamaan Wan Junaidi

Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menjadi antara fokus utama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) yang baharu, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang memulakan tugas secara rasmi pada 30 Ogos lalu.

Menurutnya, penelitian terhadap MA63 yang membabitkan hak penduduk Sarawak dan Sabah penting dalam usaha mengembalikan hak rakyat di kedua-dua wilayah itu seperti telah dipersetujui pada tahun 1963.

“MA63 adalah isu yang dekat di hati saya dan ini akan menjadi keutamaan.

“Saya telah bertemu dengan AG Sarawak dan berhubung dengan AG Sabah mengenai perkara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Santubong berkenaan turut berkata, beliau akan mencari jalan penyelesaian agar hak Sabah dan Sarawak akan terus dilindungi berlandaskan Perlembagaan.