Malaysia Dateline

KPM harus segera rangka Pelan Pemulihan Pendidikan Negara

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diminta supaya segera merangka Pelan Pemulihan Pendidikan Negara bagi memberi bantuan kepada golongan B40 agar keciciran pembelajaran tidak menjadi lebih parah.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Industri & Pembangunan Usahawan Pulau Pinang, Dato Abdul Halim Hussain, KPM harus segera menangani isu keciciran pembelajaran dalam kalangan murid yang gagal menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ekoran penularan pandemik Covid-19.

“PdPR yang dilaksanakan bagi sesi pembelajaran di rumah, didapati ianya amat meyulitkan bagi keluarga B40 untuk menyediakan kemudahan seperti alat peranti dan juga internet bagi meneruskan pembelajaran mereka dan ia memberi kesan yang amat besar kepada murid terlibat.

“Sebelum ini Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin semasa sidang Dewan Rakyat telah mengakui bahawa pencapaian pelaksanaan PdPR sejak tahun 2020 amat sederhana.

” Malahan sepanjang PdPR dilaksanakan bagi kedua-dua tahun sebelum ini khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar adalah tidak memberangsangkan sehinggakan ada yang tidak hadir dalam sesi pembelajaran tersebut,” ujar beliau yang juga merupakan Adun Batu Maung ketika dihubungi.

Sejajar dengan itu tegasnya, masalah ini harus segera diberi perhatian agar ianya tidak menjadi masalah utama negara.