Malaysia Dateline

KPN larang polis ke pusat hiburan elak rasuah, penggunaan dadah

Semua pegawai dan anggota polis dilarang mengunjungi pusat hiburan, judi dan maksiat bagi mengelakkan amalan rasuah.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata selain rasuah berbentuk wang tunai, sesetengah polis didapati leka dengan sogokan daripada tauke judi dan pusat hiburan.

“Ada polis yang selalu ditawarkan oleh tauke-tauke pusat hiburan untuk sesi berhibur dengan percuma.

“Ada yang sambut dan anjur majlis hari jadi di pusat hiburan. Anggota polis, bayangkan! buruk ke tidak? Anggota polis meraikan hari jadi dalam premis hiburan secara percuma! Itu adalah rasuah, sehingga ada yang mati dan ada yang ambil dadah,” katanya.

Beliau juga berkata Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) diberi arahan untuk memantau penguatkuasaan arahan tersebut.

“Sekiranya tertangkap, mereka ini akan diambil tindakan tatatertib. Sekiranya diyakini ada maklumat mengatakan keberadaan mereka di dalam pusat hiburan untuk berhibur dan ambil dadah dan sebagainya, mereka akan dikenakan proses seperti orang awam dengan ujian air kencing dan ujian darah.

“Saya tidak akan berkompromi dan siasatan akan dibuka. Saya akan ambil tindakan. Saya adil dan saya akan beri peluang untuk mereka kembali sedar tentang tanggungjawab mereka,” katanya lagi.

Beliau bagaimanapun berkata arahan sedemikian sudahpun dikeluarkan kira-kira 20 tahun tetapi ia diabaikan tanpa penguatkuasaan