KPN sahkan tangkap Rafizi bawah OSA

KPN sahkan tangkap Rafizi bawah OSA

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)

Seperti dilaporkan portal berita Malaysiakini, beliau berkata ahli parlimen Pandan itu sepatutnya sedar tentang kesan dan akibat tindakannya.

“Bagaimana anda boleh salahkan pihak polis? Kami hanya laksanakan apa yang dinyatakan dalam undang-undang.

“Laporan polis telah dibuat terhadapnya. Berikutan itu, kami telah memeriksa dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menentukan sama ada dokumen itu memang dikategorikan sebagai sulit.

“Apabila kami mengesahkan ia adalah dokumen OSA, maka kami perlu bertindak,” katanya.

Lebih-lebih lagi, Khalid berkata Rafizi sendiri mengisytiharkan bahawa beliau memiliki dokumen OSA dan bercadang untuk mendedahkan kandungannya.

Berita terdahulu

Mesej Rafizi ditahan polis viral di media sosial

“Rafizi baru ditangkap atau diambil polis di luar pagar parlimen,” kata satu mesej yang katanya dipetik dari Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Bahrin Raja Ahmad,

“Saya mengikuti kereta dia tadi, bila nampak polis iringinya saya turun untuk bertanya tapi polis tak benarkan,” kata mesej itu lagi.

Malaysiadateline sedang mengikuti perkembangan.

 

 

TAGS