KPN tahu atau tidak, belajar Marxisme bukannya angkat senjata? soal Dr Jeyakumar

KPN tahu atau tidak, belajar Marxisme bukannya angkat senjata? soal Dr Jeyakumar

 

 

 

 

 

 

Tindakan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini menghalang penerangan mengenai ideologi Marxisme dipersoal dalam forum buku "Visi Alternatif Untuk Malaysia" baru-baru ini.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Dr Jeyakumar DevarajTindakan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini menghalang penerangan mengenai ideologi Marxisme dipersoal dalam forum buku “Visi Alternatif Untuk Malaysia” baru-baru ini.

Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar Devaraj penulis buku itu berkata, KPN perlu berfikiran terbuka dan memahami bahawa fahaman komunis tidak mendorong kepada aksi ganas seperi anggapan banyak pihak selama ini.

“IGP kita hanya (menghalang) kata tak boleh Marxis. Kita bukan terus ambil senapang, buat bom. Marxisme ialah satu sistem analisa yang memberi kita alat untuk memahami dunia dan mengatur polisi dalam masyarakat secara adil.

“Saya tidak pasti IGP memang tak tahu atau (sengaja) mainkan isu. Belajar Marxisme tidak bermakna kita angkat senjata. Kita perjuangkan hak orang miskin dan mereka yang tertindas,” ujarnya di The School, Jaya One, Petaling Jaya.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya perbincangan mengenai Marxisme diteruskan dengan tidak menyalin bulat-bulat pengalaman praktik fahaman tersebut di beberapa negara komunis yang terlibat.

“Kita tidak harus ‘copy and paste’ apa yang dibuat di Soviet Union dan China. Kita mesti belajar daripada kesilapan mereka. Kita mesti kekalkan demokrasi di semua peringkat.

“Bagaimana kita harus mengawal monopoli ke atas utiliti dan pengangkutan awam, misalnya? Ini semua menuntut kita sama berfikir dan berbincang. Idea-idea tentang ciri sosialisme dalam latar hidup kita pada abad ke-21 mesti dikenalpasti,” jelasnya.

Mengakui komunisme dan sosialisme mempunyai kekurangan tertentu, beliau berkata, punca segala masalah dalam masyarakat dunia hari ini walau bagaimanapun tidak akan selesai di bawah sistem kapitalisme.

“Isu pemanasan global dan pengangguran tidak boleh ditangani dengan sistem kapitalis. Bagaimana kita nak lakukan tanpa mengorbankan demokrasi dan kebebasan?

(dua dari kanan) Pengerusi Amanah Parlimen Batu Ishak Surin  sebagai ahli panel dalam forum buku tulisan  Dr Jayakuar Devaraj di Petaling Jaya Ahad lalu.“Itulah yang harus kita fikir dan debatkan bersama bukan menghalang daripada dibincangkan,” tambahnya lagi yang pernah ditahan polis lebih daripada 15 kali ekoran bantahan terhadap polisi kerajaan dan terbabit dalam protes pengusiran rakyat miskin.

Sementara itu, ahli panel yang merupakan Pengerusi Amanah Parlimen Batu, Cikgu Ishak Surin berkata, interaksi perlu wujud dalam usaha menangani penindasan ke atas hak rakyat.

“Kita harus bertanggungjawab kepada perubahan bagi menggantikan pemerintah sedia ada ini dengan kuasa rakyat.

“Rakyat segenap lapisan tanpa mengira keturunan mesti sentiasa berunding dan bertemu bagi mengukuhkan usaha mewujudkan perpaduan.

“Hanya dengan itu puak penindas yang terdiri daripada golongan elit politik dan ekonomi

TAGS