Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
KPN terkejut siri kedua video intim Haziq tersebar

KPN terkejut siri kedua video intim Haziq tersebar

AKMAL MANAF FOTO : WAN ZAHARI WAN SALLEHJune 13, 2019 4:14 pm




Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, menunjukkan reaksi terkejut berhubung penularan klip video intim siri kedua, petang semalam.

“Terkejut saya, iya? Mungkin mereka (pegawai) akan memberi taklimat kepada saya kemudian,” jawabnya ringkas ketika ditanya pemberita, hari ini.

Petang semalam, klip video siri kedua tersebar selepas beberapa jam Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membuat penafian menerusi kenyataan media berhubung video kontroversi itu.

Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata, pihaknya mengesahkan menerima satu laporan mengenai video intim siri pertama yang juga tular sejak kelmarin.

Katanya, susulan laporan itu, pihaknya telah membuka kertas siasatan dan tindakan diambil sebagaimana biasa seperti kes lain.

“Ada laporan polis, kita buka kertas siasatan dan ambil tindakan, itu sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, di Wisma Tani, Putrajaya, hari ini.

Ketika ditanya sama ada individu dalam video intim tersebut akan dipanggil pihaknya, beliau bagaimanapun tidak mengulas secara terperinci.

“Dalam proses siasatan, boleh dipanggil, boleh tidak dipanggil, mana yang berkenaanlah,” katanya.

Awal pagi Selasa lalu, individu bernama Haziq Abdul Aziz yang juga merupakan seorang pembantu kepada seorang Timbalan Menteri, membuat pengakuan bersumpah bahawa beliau salah seorang dalam video yang tular itu.

Memetik pengakuan bersumpah di akaun Facebook miliknya, Haziq mendakwa video tersebut dirakam di sebuah bilik hotel di Sandakan, Sabah pada 11 Mei lalu.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Polis tidak kompromi, penganjur edar ayam beku didenda

Darurat: Penting untuk pembangkang sertai JK Khas sebagai semak dan imbang

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production