KPS lantik Ahmad Fariz sebagai pengarah urusan

KPS lantik Ahmad Fariz sebagai pengarah urusan

Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS) melantik Ahmad Fariz Hassan sebagai pengarah urusan.

Beliau juga akan menjalankan tugas sebagai ketua pegawai eksekutif kumpulan.

Ahmad Fariz sebelum ini berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif KPS, jawatan yang disandangnya sejak 1 Mei 2016, kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

KPS juga melantik Koay Li Onn sebagai pengarah bebas bukan eksekutif berkuat kuasa 1 Jan, 2019,

Pengerusi Raja Shahreen Raja Othman berkata pelantikan ahli lembaga pengarah yang baharu itu mencerminkan peningkatan konsisten yang selari dengan peralihan strategik kumpulan ke arah menjadi entiti berfokuskan pertumbuhan dan pulangan tinggi.

“Ahmad Fariz merupakan penyumbang utama dalam membangunkan konsep dan merealisasikan Pelan Transformasi Perniagaan Kumpulan, dengan pelbagai pengambilalihan perniagaan baharu dan pegangan kepentingan majoriti dalam syarikat bertumpukan pertumbuhan, telah meletakkan Kumpulan itu pada pengembangan yang mampan.

“Berdasarkan tanggungjawab penuhnya ke atas pembangunan dan kepimpinan perniagaan KPS, beliau kini diamanahkan untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam memenuhi pelan perniagaan Kumpulan itu untuk bergerak ke hadapan.

– BERNAMA