KPT ambil tindakan terhadap pekedai dan pelajar salah guna BB1M

KPT ambil tindakan terhadap pekedai dan pelajar salah guna BB1M

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pekedai dan pelajar yang menyalahgunakan Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M).

Kementerian dalam satu kenyataan hari ini menyebut, tindakan pemantauan termasuk melalui penyamaran oleh pegawai di kementerian itu akan turut dilaksanakan.

“Maklumat yang diperolehi akan digunakan untuk melakukan siasatan lanjut sebelum keputusan dibuat untuk menyenarai hitam pekedai dan pelajar yang terbabit.” jelas kenyataan itu.

Kementerian turut memaklukan sehingga kini sebanyak empat pekedai telah disenaraihitam kerana pelanggaran peraturan program BB1M.

Kementerian mengalu-alukan maklumat dari mana-mana pihak yang boleh membantu penguatkuasaan dan penyiasatan dilakukan untuk membenteras penyalahgunaan yang berlaku untuk menghubungi pihak kementerian untuk diambil tindakan tegas.

TAGS