Malaysia Dateline

KPT diseru bagi kelonggaran pada mahasiswa dalam tempoh bencana

Jawatankuasa Biro Pendidikan dan Perubahan Masyarakat AMANAH Nasional, menggesa pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) memberi kelonggaran kepada pelajar untuk menyelesaikan urusan mereka ekoran bencana banjir baru-baru ini.

Ahlinya, Syazmir Hariz Noorazalan berkata, kelonggaran perlu diberikan kepada penutut yang sedang menduduki peperiksaan mahupun yang sedang menjalani proses pembelajaran seperti biasa.

“Saya0 menyeru pihak IPT memberikan kelonggaran kepada penuntut IPT menyelesaikan urusan mereka yang pastinya memerlukan sedikit masa untuk memulihkan keadaan.

“Dalam situasi ini, budi bicara dan belas ehsan semua pihak termasuk pemimpin IPT amatlah ditagih dan saya menyeru arahan ini dikeluarkan segera oleh Menteri Pengajian Tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengumumkan cuti bencana dengan semua kuliah dibatalkan mulai 20 hingga 25 Disember.

Langkah tersebut diambil selepas mendapati terdapat mahasiswa dan kakitangan yang terjejas akibat banjir di seluruh negara dan menjadi inisiatif bagi meringankan dan membantu pelajar yang terkesan.