KR1M gagal pentadbiran Najib perlu bertanggungjawab

KR1M gagal pentadbiran Najib perlu bertanggungjawab

Perkembangan terkini berkaitan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) amatlah merisaukan, kerana ia memberi kesan buruk pekerja yang secara langsung terbabit dalam projek kerajaan Barisan Nasional (BN) ini.

Ketua Pemuda Pakatan Harapan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, berdasarkan kenyataan terkini Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Mydin Mohamed Holdings Sdn Bhd yang bercanggah dengan menyalahkan antara satu sama lain memburukkan lagi penyelesaian membabitkan KR1M.

“Nampaknya kedua-dua pihak tidak mahu bertanggungjawab untuk masalah ini, dengan pihak kerajaan menyalahkan Mydin kerana meningkatkan harga barang, manakala Mydin pula menyatakan bahawa projek itu hanyalah CSR syarikat.

“Seperti kebanyakan projek 1Malaysia yang lain, pentadbiran Najib Razak telah gagal untuk merancang inisiatif ini secara menyeluruh, dan akibatnya lebih ramai orang yang terkena impak negatif kegagalan projek,” ujarnya dalam kenyataan.

Justeru kata Ketua AMK ini lagi, masalah pokok kenaikan kos sara hidup – pengenalan cukai GST, kadar gaji dan upah yang rendah adalah perkara yang perlu diatasi kerajaan bukannya melaksanakan KR1M

“Sudah masanya kerajaan bertanggungjawab terhadap kesemua kegagalan ini,” tegasnya.

Sebagai rekod KRIM diperkenalkan pada 2011 sebagai medium untuk mengawal harga barang dan mengurangkan monopoli sesetengah barangan keperluan yang telah lama didominasi oleh pengilang multinational.

Projek KR1M dipantau dan diuruskan oleh KPDNKK. Kementerian ini juga bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan lain dan pihak berkuasa untuk menyediakan lokasi kepada KR1M.

KR1M yang dibuka oleh kerajaan dan dimiliki kerajaan tetapi diselenggarakan oleh Syarikat Mydin Mohamed Holdings Bhd. (MYDIN). Jenama 1Malaysia yang tersarung pada produk itu pula berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Diperingkat awal terdapat bantahan daripada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif The Liong Group, Tan Sri William Cheng yang dipetik berkata, Ooperasi peniaga-peniaga runcit kecil di bawah naungan Gabungan Dewan Perniagaan Perindustrian Cina (ACCIM) akan terjejas.Beliau menggesa kerajaan turut membekalkan produk harga patut yang sama kepada 30,000 kedai runcit sedia ada.

Bukan itu sahaja kualiti beberapa produk yang dijual di KR1M turut dipertikaikan oleh pelbagai pihak, terutamanya dari beberapa ahli politik dan NGO.

Pada September lalu KPDNKK mengumumkan menutup operasi KR1M secara berperingkat seluruh negara. Penutupan itu ada kaitan dengan pengumuman kerajaan untuk menamatkan kontrak pengendali KR1M, Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) kerana menjual barang lebih mahal daripada harga pasaran.

Arahan itu dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, selepas kerajaan menerima banyak aduan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan harga dan barangan dijual di kedai berkenaan.

Berikutan arahan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata Program KR1M 2.0 akan dilancarkan tahun ini bagi membolehkan rakyat mendapat lebih banyak pilihan produk pada harga lebih murah daripada pasaran.

Sebelum ini, Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin melaporkan syarikatnya mengalami kerugian besar kerana mengendalikan kedai Rakyat 1 Malaysia sebagai projek tanggungjawab sosial korporatnya (CSR).  Ameer berkata, hanya mereka yang mengenalinya tahu apa yang terpaksa dilalui Mydin untuk terus bertahan dalam mengendalikan projek CSR itu.

5.0
OVERALL SCORE
: 10.0
1 user vote x 0.0