Kreatif sangat, suami terkejut tengok bekas kicap isteri sediakan

Oleh KIM SYAZIE

Mungkin kerana mahu menjimatkan ruang dan tidak mahu nasi lembik terkena kuah, seorang wanita menggunakan semula botol ubat batuk anak untuk mengisi kicap buat bekalan kepada suami.

Video yang dikongsi pengguna akaun Tiktok @akmaljohariejohar mengaku terkejut melihat bekal yang disediakan isterinya sambil memuji orang rumahnya kreatif.

“Punyalah kreatif bini aku, ubat batuk anak diisi kicap. Goncang sebelum guna,” tulis Akmal pada ruangan kapsyen video tersebut.

Video tersebut mendapat setengah juta tontonan, warganet mula berseloroh mengatakan bekas ubat itu boleh timbulkan salah faham kalau ditahan serta boleh menyebabkan mengantuk.

“Ini kalau sangkut kat border ke dalam kau,” komen @muhamadezham

“Lepas makan terus tidurlah abang, mengantuk nanti,” komen @ArifAziz

“Aku punya mulut pula terkumat-kamit rasa pahit ubat,” tambah @EhhMyaaa

Pada masa sama, pemilik akaun ini juga menyatakan yang masih banyak benda kreatif yang dibuat isterinya tapi masih belum dikongsikan.

Baca juga: Hannah Yeoh dipuji menteri paling ā€˜function’ susulan tindakan tegas batal lesen jurulatih bola tampar