Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
KRI kaji cabaran yang dihadapi industri padi dan beras tempatan

KRI kaji cabaran yang dihadapi industri padi dan beras tempatan

BernamaJune 4, 2019 10:26 am




Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) menjalankan kajian mengenai cabaran yang dihadapi oleh industri padi dan beras merentasi keseluruhan rantaian bekalan.

Antara isu yang dibentangkan di dalam penerbitan KRI ini termasuklah konsep jaminan makanan varieti padi, memupuk kepercayaan antara pengilang dan petani serta memahami pola pemakanan nasi dikalangan rakyat.

“Perlaksanaan sistem rangkaian industri padi dan beras yang holistik mampu mengekalkan kemampanan industri, sekaligus menjaga tiga tunjang utama rangkaian secara keseluruhan.

“Industri padi dan beras direka untuk mengimbangi objektif ketiga-tiga rangkaian berkenaan dan secara dasarnya ialah memastikan kebajikan dan pendapatan pesawah terjamin, paras keselamatan makanan negara berada pada tahap paling baik serta kestabilan harga beras di pasaran terjaga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) diberi tanggung-jawab untuk mengekalkan keselamatan makanan terutama bagi mendapatkan beras pada harga yang stabil serta berpatutan.

Sebagai syarikat yang melaksanakan Mekanisme Pengawal Selia tunggal, BERNAS mewarisi polisi serta tanggungjawabnya daripada Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN).

Tugasan termasuklah untuk menyelenggara dan mengurus stok penimbang negara, membeli padi daripada petani dengan harga minimum dan terjamin, serta menyediakan sokongan dan jaminan kepada pengilang bumiputera dan mengawal mutu beras.

Dibawah mekanisme ini juga, BERNAS juga meneruskan usaha untuk memastikan kebajikan pesawah terjaga pengurusan pembayaran subsidi kepada petani di bawah Skim Subsidi Harga Padi.

Memecahkan model pengimport tunggal nampak mudah, namun melaksanakannya memerlukan pendekatan terperinci.

Kedudukan serta fungsi BERNAS sebagai penjaga industri padi dan beras tempatan perlu diambil kira, kerana soal jaminan keselamatan bekalan makanan negara turut dipertaruhkan.-BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Covid-19: Adun Nenggiri akui mungkin terlalai abai SOP

Pas main dua kolam: Mustahil Umno duduk diam?

Pakej Kita Selangor bela kebajikan rakyat hadapi PKP 2.0

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production