Krisis air Terengganu: AMANAH tawarkan khidmat guaman untuk penduduk terjejas

Oleh ARIF ATAN

AMANAH Terengganu kini dalam proses mengambil tindakan dan sedia menawarkan khidmat guaman kepada mana-mana penduduk yang terjejas akibat gangguan bekalan air di Kuala Nerus dan sebahagian Kuala Terengganu.

Pengerusinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, pihaknya mendapati terdapat unsur kecuaian pihak yang menguruskan bekalan air kepada pengguna yang menyebabkan gangguan pada 3 hingga 13 Ogos lalu dan sekali lagi berlaku bermula 23 Ogos hingga sekarang.

“Hak pengguna memfailkan saman dan tuntutan telah diperuntukkan mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca Artikel Penuh