Krisis kebuluran di Yaman bawa kepada kematian

Krisis kebuluran di Yaman bawa kepada kematian

Serantau Muslim melahirkan rasa sedih dan simpati atas kematian seramai 85,000 orang kanak-kanak berusia bawah lima tahun, hanya dalam masa tiga tahun akibat kekurangan zat makanan dan kekurangan makanan.

Kematian ini berpunca daripada sumber makanan dan kewangan penduduk yang terhad berikutan perang saudara yang berlaku di Yaman sejak beberapa tahun yang lalu.

Badan Kebajikan Save The Children menyatakan jumlah kanak-kanak yang meninggal adalah bersamaan jumlah kesemua kanak-kanak yang berada di bandar besar Birmingham, United Kingdom (UK).

Data ini juga direkod oleh Pertubuhan Badan-badan Bersatu berdasarkan kes-kes kekurangan nutrisi dan kes-kes yang tidak dirawat.

Dalam pada itu juga, Serantau Muslim merasakan krisis kebuluran ini menjadi lebih buruk lagi apabila pelbagai sekatan dilakukan tentera kerajaan Yaman terutamanya di pelabuhan bandar Hodeidah selepas berlakunya pertempuran sengit antara kumpulan militan Houthi dan tentera kerajaan Yaman.

Justeru, Serantau Muslim merasakan perlunya langkah yang drastik bagi menambah baik fasiliti perubatan bagi membantu penduduk dan kanak-kanak yang memerlukan rawatan.

“Kami Berharap badan-badan dunia tidak memandang enteng kadar kematian yang direkodkan ini kerana bakal melenyapkan generasi muda pada masa akan datang jika tiada bantuan drastik dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Loading...