
Krisis kewangan 97-98: Mahathir akui tolong selamatkan taikun, mohon maaf
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui beliau telah menolong taikun (ahliperniagaan korporat) ketika negara menghadapi krisi kewangan pada 1997-`1998 lalu.
Perdana Menteri itu turut memohon maaf membenarkan perkara itu berlaku dan beliau berbuat demikian dengan harapan untuk menyelesaikan krisis ekonomi yang dihadapi oleh taikun di Malaysia.
Tanpa menolong taikun-taikun ini ujarnya, ia akan memberi kesan kepada pengaliran wang asing ke dalam negara.
“Saya mengaku saya terlibat dengan ciptaan pendekatan untuk mengatasi masalah kewangan pada 1997- 1998.
“Ya, memang pun cara kita selesaikan krisis menolong taikun di Malaysia.
” Memanglah baik jika kita tidak menolong taikun dan biarkan mereka dan perniagaan mereka rugi, gagal dan terpaksa ditutup.
” Dengan ini semua kakitangan mereka (yang kaya dan tidak kaya) akan menganggur. Eksport kita akan menurun dan tidak akan ada pengaliran wang asing ke dalam negara kita,” ujarnya dalam coretannya di blog chedet hari ini.

Wong Cheng
Dr Mahathir dipercayai mengulas kenyataan dibuat oleh Ahli Parlimen Subang Wong Chen yang mempersoalkan bekas perdana menteri ke-4 itu sepatunya melakukan tindakan yang lebih baik berbanding apa yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) sewaktu krisis kewangan 1997-1998.
Beliau akui kerajaan BN ketika itu, gagal membantu rakyat sebaliknya, menolong mereka yang bergelar golongan korporat.
“Saya berumur 50 tahun dan masih ingat dengan jelas semasa krisis kewangan Asia yang melanda kita pada tahun 1997-1998. Habis duit kita. Boss saya, Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kena lebih teruk lagi, hilang jawatan dan masuk penjara pula.
“Kerajaan pada masa itu sibuk hanya menolong yang korporat. Saya masih ingat, beratus ribu hilang pekerjaan, tetapi golongan yang kaya sahaja yang ditolong.
“Walaupun harta mereka merosot 30 peratus, semua yang kaya pergi ke London tinggal dalam apartment mewah mereka untuk tunggu krisis kewangan pulih,” kata Wong Cheng ketika membahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 di Dewan Rakyat pada 16 Oktober lepas.
Menurut Dr Mahathir lagi yang kini Pengerusi PH, beliau terpaksa berbuat demikian (mendahulukan taikun/korporat) bagi mengelakkan kerajaan hilang cukai korporat dan cukai pendapatan.
“Kerajaan pula akan hilang cukai korporat dan cukai pendapatan kerana sebahagian besar cukai dibayar oleh taikun. Sebahagian besar dari dana Kerajaan akan hilang. Operasi dan pembangunan negara tidak dapat diteruskan. Segala infrastruktur tidak dapat dibangunkan.
“Dalam keadaan kehilangan cukai keatas taikun kita terpaksa mengenakan cukai kepada yang bukan ditakrif sebagai taikun. Setelah membayar cukai oleh bukan taikun, mereka akan masuk dalam golongan mereka yang miskin,” ujar Dr Mahathir.
Dr Mahathir juga berkata tindakan yang beliau lakukan adalah lebih baik berbanding beberapa negara yang akan bertindak merampas perniagaan taikun.
“Pada satu masa 70 tahun dahulu taikun dibunuh dan harta mereka dirampas di beberapa buah negara. Semua perniagaan dan perusahaan diambil oleh pemerintah dengan harapan 100% dari keuntungan akan diperolehi oleh Kerajaan.
“Jika kita hendak kita boleh halau keluar semua taikun ini. Jangan tolong mereka. Biar mereka bankrap. Kita akan tolong yang bukan taikun sahaja.
“Tetapi dengan apakah yang kita hendak tolong bukan taikun ini selepas semua taikun tidak dapat bayar cukai.Itu soalannya?
“Saya minta maaf kerana tindakan saya mengatasi krisis kewangan 1997-1998 menguntung taikun,” ujarnya.