Malaysia Dateline

Kronik dan kritikal itu tak sama? Ikuti penjelasan doktor ini

Ramai daripada kita mungkin tidak perasan bahawa penyakit kronik itu sebenarnya tidak sama dengan penyakit kritikal.

Ikuti penjelasan ringkas lagi padat daripada DR SAKINAH SULONG mengenai perbezaan kedua-dua istilah ini:

Penyakit kronik bukan bermakna kritikal.

“Dia dah sakit teruk, ada kat hospital sekarang. Doktor kata dah kronik…” ❎

“Dia dah sakit teruk, ada kat hospital sekarang. Doktor kata dah kritikal…” ✅

Kronik maknanya untuk tempoh yang lama, bukan bermakna teruk atau kritikal.

Contohnya, diabetes dan darah tinggi adalah penyakit kronik. Yang boleh dihidapi bertahun-tahun. Tak semestinya kritikal.

Biasakan yang betul.

Baca juga Kisah doktor pakar kehamilan yang dikenali ramai, ini lima sebab Dr Imelda asyik terkejut saja sekarang

Baca juga Beri ayam makan ganja, dakwa hasilkan daging dan telur lebih baik