Malaysia Dateline

Kronisme AIM: Perlantikan anak menteri tiada kaitan dengan KKM, kata Dr Dzulkefly

Perlantikan anak kepada Menteri Kesihatan (KKM), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Nurul Iman sebagai Ahli Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) tiada kaitan dengan kementerian itu

Dzulkefly berkata, anaknya dilantik dalam lembaga itu pada April tahun lalu.

“Saya sudah keluarkan kenyataan dan pelantikan Nurul Iman tidak langsung ada kena mengena dengan KKM,” ujarnya seperti dipetik sinaronline..

Beliau juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) katanya ketika diminta mengulas mengenai kontroversi AIM yang dikaitkan dengan lantikan kronisme

AIM menjadi kontroversi apabila isteri kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya, Datuk Junaidah Keting dilantik sebagai Pengerusi badan amanah tersebut.

Perlantikan itu dikritik kerana jelas bertentangan dengan perjuangan PH yang ingin menghapuskan kronisme dan amalan nepotisme selepas mengambil alih kerajaan, Mei tahun lalu.

Junaidah bagaimanapun menafikan lantikannya sebagai kronisme kerana ia adalah keputusan yang dibuat oleh pengurusan tertinggi AIM dan tiada campur tangan daripada pejabat Perdana Menteri.