KSU sahkan nama Numan bukan ‘pegawai khas’ Syed Saddiq, siasatan sedang berjalan

KSU sahkan nama Numan bukan ‘pegawai khas’ Syed Saddiq, siasatan sedang berjalan

Datuk Lokman Hakim Ali

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Lokman Hakim Ali mengesahkan kementerian itu belum lagi melantik mana-mana pegawai khas kepada Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bahkan katanya, mana-mana pegawai yang akan dilantik oleh kementerian itu perlulah atas persetujuan menteri dan dimaklumkan kepada beliau terlebih dahulu sebelum sebarang maklumat rasmi dibuat bagi pihak kementerian.

“Saya sendiri tidak dimaklumkan mengenai pelantikannya ‘pegawai khas’ di bawah YB menteri (Syed Saddiq),” ujarnya kepada Malaysia Dateline hari ini.

Numan Afifi merupakan pentadbir bagi kumpulan WhatsApp untuk menyelaraskan jadual kerja Syed Saddiq dan pihak media selepas Ahli Parlimen Muar itu memenangi pilihan raya umum ke-14 lalu.

Beliau juga sebelum ini memperkenalkan diri sebagai “pegawai akhbar” kepada menteri muda berkenaan.

Bagaimanapun pelantikan itu mencetuskan kritikan sesetengah pihak yang mendakwa individu yang menjuarai gerakan ‘Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) tidak sepatutnya dilantik sebagai kakitangan kementerian berkenaan.

Syed Saddiq dalam kenyataan pada Sabtu dipetik berkata, beliau belum ada pelantikan rasmi dibuat bagi mana-mana jawatan dalam pejabat menteri berkenaan.

Isu pelantikan Numan sebagai ‘pegawai khas’ bagi menteri ini tercetus apabila direktori dalam talian kakitangan kementerian itu mendapati nama Numan dinyatakan sebagai “pegawai khas” namun pautan untuk butirannya kini sudah tidak dapat diakses.

Hari ini media sudah berkumpul dari jam 8.00 pagi ekoran tersebar maklumat mengatakan satu himpunan Gay yang akan
dianjurkan oleh Presiden Gabungan Gay Malaysia (GGM) Joe Michael yang akan diadakan di hadapan bangunan KBS untuk menyatakan bantahan terhadap menteri belia itu, kerana tidak mengakui Numan adalah kawan dan dilantik ‘pegawai khas’.

Turut menunggu Lokman Hakim bersama beberapa media, namun   kumpulan persatuan itu tidak muncul sehingga jam 10 pagi.

Menurut Lokman Hakim lagi, pihaknya sedang menyiasat bagaimana nama Numan boleh di masukkan dalam direktori KBS itu.

“Kita sedang siasat siapa yang memalsukan namanya (Numan) dalam direktori KBS kerana ia juga dilakukan tanpa pengetahuan
saya,” ujarnya.

Numan dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau tidak lagi mengendalikan kumpulan whatapss menteri belia itu dan mahu mencari peluang baharu di luar negara dan mendakwa ada pihak yang melakukan sabotaj terhadapnya.

“Saya telah mengambil keputusan untuk hanya menolong sahabat saya, saudara Syed Saddiq sebagai Pegawai Akhbar sementara dan akan menyerahkan tugas untuk menguruskan akhbar dan media kepada Setiausaha Akhbar baru yang akan dilantik secara rasmi dalam masa terdekat.

“Kecaman dan ancaman yang hebat oleh agen propanda pembangkang telah menyebabkan mustahil untuk saya menjalankan amanah yang diberi.

“Justeru saya mengambil keputusan untuk tidak bertugas secara rasmi di Kementerian. Saya akan ke luar negara dalam masa terdekat untuk menentukan apa hala tuju saya selepas ini.

“Saya berhasrat untuk mengulang dan menegaskan kenyataan YB Menteri bahawa setakat ini belum ada sebarang perlantikan rasmi di Pejabat Menteri.

“Menjawab mengenai isu beberapa nama-nama yang tertera di laman web rasmi Kementerian, saya dimaklumkan terdapat unsur-unsur
sabotaj dan siasatan dalam sedang dijalankan.

“Saya difahamkan oleh YB Menteri tindakan tegas akan diambil ke atas pesalah,” ujarnya.

Kenyataan Numan itu dijawab menerusi whatapps oleh menteri belia yang mengatakan beliau amat berharap Numan dapat memperjuangkan kesaksamaan dan lebih inklusif.

“Saya benar-benar berharap anda akan benar-benar memperjuangkan kesaksamaan dan inklusif. Anda mewakili golongan belia hari ini,aspirasi mereka. Setiap orang mempunyai hak untuk menyumbang kepada pembangunan negara. Semoga anda membuat perkara yang lebih baik,” ujar Syed Saddiq yang juga Ketua Armada Bersatu.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote