Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
KTMB patuhi garis panduan cegah penularan koronavirus

KTMB patuhi garis panduan cegah penularan koronavirus

Oleh BERNAMAJanuary 26, 2020 7:05 am




Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mematuhi garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengekang penularan wabak koronavirus sejurus berita wabak itu mula dikesan di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Datuk Kamarulzaman Zainal berkata pematuhan itu melibatkan semua kakitangan yang bertugas di kedua-dua pintu masuk utama perkhidmatan kereta api di Johor Bahru, Johor dan Padang Besar, Perlis.

“Semua kakitangan yang bertugas di stesen dan di dalam setiap kereta api yang beroperasi di kedua-kedua pintu masuk utama negara itu diarah mematuhi aspek-aspek kesihatan dan keselamatan.

KTMB mengendalikan lebih 8,000 penumpang di pintu masuk Johor Bahru Sentral setiap hari, menerusi 31 perkhidmatan tren Shuttle Tebrau di antara Johor Bahru dengan Woodlands, Singapura,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata lebih 300 penumpang pula menggunakan Stesen Padang Besar untuk menaiki tren-tren seliaan State Railway of Thailand (SRT) sehari.

Kamarulzaman berkata langkah keselamatan itu turut membabitkan semua kakitangan perkhidmatan tren kargo yang berulang-alik di antara Thailand dengan Semenanjung Malaysia.

Antara langkah kesihatan dan keselamatan diambil, termasuk mewajibkan pemakaian topeng muka oleh kakitangan, hebahan panduan pencegahan wabak kepada para penumpang serta bantuan kepada unit saringan dan kuarantin KKM.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Paksaan, sengketa dan agenda Islam yang terpesong

PKP: Kasihan rakyat Kelantan sebab Exco ‘cerdik sangat’

“IKEA, kedai emas dibenar operasi peniaga kecil disuruh duduk rumah”

Pesakit COVID-19 di ICU semakin bertambah, 8 lagi maut

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production