Malaysia Dateline

Ku Li hilang kewarasan bila dakwa Pas pelacur, kata Ulama Pas

Susulan kenyataan pemimpin veteran Umno Tengku Razaliegh Hamzah Ahli yang mendakwa Pas macam pelacur,  Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Mokhtar Senik menyifatkan pimpinan Umno itu sudah hilang kewarasan.

Menurut Mokhtar, Tengku Razaliegh atau Ku Li menjadi tidak tahan dan hilang kewarasan apabila melihat perkembangan terbaru Pas Umno yang berikrar memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN)

“Selama ini beliau masih mampu bersembunyi dalam Gua sambil melihat budak-budak Cybertrooper baling batu agar MN retak dan berkecai,” katanya di Facebook hari ini.

Katanya, Ku Li yang layak dianggap negarawan kerana sumbangannya yang besar untuk Negara sepanjang penglibatan politiknya akhirnya melontarkan kata-kata yang sama dengan politikus murahan.

Jelas beliau, kecenderungan Ku Li untuk melihat MN pecah dan mengeheret Umno bersama PH sangat ketara.

“Saya yakin kecenderungan itu bukan sahaja ditolak oleh Ahli Pas namun turut ditolak oleh Ahli Umno yang kasihkan MN.

“Saya fikir kalau Tan Sri Muhyiddin lantik beliau sebagai menteri kanan dalam Kerajaan mungkin nada beliau sedikit berbeza.

“Kluster kecewa dalam politik wujud dimana-mana kalau hati tak betul-betul ikhlas,” kata beliau.

Terdahulu, Ku Li melabelkan PAS sebagai “pelacur politik” yang perlu ditewaskan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Dalam wawancara dengan The Malaysian Insight baru-baru ini, Ahli Parlimen Gua Musang selama 12 penggal itu berkata tindak-tanduk PAS dalam pilihan raya kecil sebelum ini membuktikan parti itu tidak boleh dipercayai.

Beliau berkata, Pas bukan rakan kongsi yang jujur kerana Pas tidak pernah mengundi Umno BN berdasarkan dua pilihan raya di Tanjung Piai dan di Semenyih.

“PAS macam pelacur, sekejap (sokong) DAP, sekejap Semangat 46,” kata Ku Li.