Malaysia Dateline

Tengku Adnan Mansor

Ku Nan dakwa waktu Mahathir sudah habis

“Sudah-sudahlah, waktu dia dah habis,” demikian kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempelawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke program Nothing to Hide 2.0, baru-baru ini.

Beliau berkata Dr Mahathir perlu berhenti daripada mengganggu kerajaan kerana waktunya telah tamat.

“Apa lagi nak kacau kerajaan yang ditadbir perdana menteri sekarang. Beliau (Najib) tadbir cara Datuk Seri Najiblah,” katanya.

Tengku Adnan berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di ibu negara hari ini.

Program Nothing to Hide 2.0 anjuran Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dijadualkan berlangsung pada 13 Ogos, di Dewan Raja Muda Musa di Shah Alam.

Terdahulu, Tengku Adnan turut menyumbangkan duit raya kepada 3,000 kanak-kanak dan golongan gelandangan yang hadir pada majlis rumah terbuka itu.